Wednesday, July 7, 2010

Bersin

Akhirnya tamat sudah imtihan,imtihan di bawah garaj dan di bawah panas terik matahari dunia. moga2 ujian fizikal dan mental ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. selamat berimtihan juga kepada pelajar master azhar yang dlm fatrah imtihan sekarang ini termasuk jiran senior sy,abd halim dumyati,bittaufiq wannajah.

Bersin,isu yang agak remeh dan agak kecik untuk kita persoalkan namun adakah kita tahu di sana adanya hadis berkait dgn bersin,bgaimana kita nak membezakan bersin dan selsema, bagaimana kita nk mentasymit (mendoakan kebaikan kpd si bersin) kepada org yg bersin,dan bagaimana sekiranya org tersebut bersin lebih dari 2 kali sehinggakan 6,7,8 kali.

Saya terbaca dalam ruangan baina Qurraa wa al-ulama dalam surat khabar sautul azhar iaitu soalan pembaca yang dijawab oleh syeikh Ali Jumuah,mufti addiyar almisriah. Di sini saya sertakan keratan akhbar dan terjemahan.

تشميت العاطس

إذا عطس العاطس وجرى تشميته ثم عطس مرات بعد التشميت فهل يظل تشميته مرة واحدة أم بعد كل عطسة ؟

التشميت فى اللغة : هو الدعاء بالخير والبركة ، وفى الشرع : هو الدعاء بالرحمة للعاطس، فإذا عطس المسلم فمن السنة أن يحمد الله تعالى، فيشمته أخوه المسلم بقوله : يرحمك الله، فيرد عليه العاطس بقوله :( يهديكم الله ويصلح بالكم) لما رواه البخارى فى صحيحه من حديث أبي هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وآله وسلم قال : ( إذا عطس أحدكم فليقل : الحمد لله، وليقل له أخوه وصاحبه : يرحمك الله، فإذا قال له : يرحمك الله فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم)

ومن تكرر عطاسه فزاد على اثنين أو ثلاث فذلك قرينة على أن به زكاما، والهدى النبوى أن يدعى له حينئذ بما يناسبه وهو طلب الشفاء له، فيكف الإنسان عن تشميت العاطس فيما زاد عن الاثنتين أو الثلاث، لما روى مسلم والترمذى واللفظ له عن سلمة بن الأكوع رضى الله عنه قال: شمت رسول صلى الله عليه وآله وسلم رجلا عطس مرتين بقوله:( يرحمك الله) ثم قال عنه فى الثلاثة: ( هذا رجل مزكوم ) رواه مسلم والترمذى واللفظ له.

والله سبحانه وتعالى أعلم


Mendoakan kebaikan kepada orang yang bersin

Apabila seseorang bersin lalu kita mendoakannya,kemudian orang tersebut bersin lagi untuk beberapa kali selepas itu, adakah memadai untuk kita mendoakannya sekali sahaja atau untuk setiap kali orang tersebut bersin?


Tasymiat dari segi bahasa ialah mendoakan kebaikan dan barakah, adapun dari segi syara’ ialah mendoakan kerahmatan kepada orang yang bersin, maka apabila seorang muslim bersin adalah daripada sunnah baginya mengucap Alhamdulillah(segala puji bagi Allah) dan bagi sahabatnya mendoakannya dengan berkata yarhamuka Allah (moga Allah memberi rahmat kepadamu) dan orang yang bersin itu membalasnya dengan berkata yahdiikumuAllahu wa yushlihu baalakum (moga Allah memberi hidayat kepadamu dan memperelokkan hal keadaanmu)


Sebagaimana hadis riwayat bukhori dalam sahih beliau daripada saidina Abi Hurairah RA, daripada nabi SAW bersabda ( jika salah seorang dari kamu bersin maka katalah ‘alhamdulillah’ dan hendaklah saudara atau sahabatnya berkata ‘yarhamukaAllah’ dan sekiranya dikata kepadanya ‘yarhamukaAllah’ maka hendaklah dia berkata ‘yahdiikumuAllahu wa yashlihu baalakum’


Dan sesiapa yangberulang bersinnya sehingga lebih dari 3 atau 4 kali, itu menunjukkan dia telah terkena penyakit selsema dan nabi swt memberi saranan supaya kita mendoakan kepadanya apa yang sesuai dengan keadaanya iaitu memohon kesembuhan baginya, maka seseorang itu tidak lagi mentasymit kepada orang yang bersin lebih dari 3 atau 4 kali.(maka tidak menjadi sunat mentasymit ketika bersin yang lebih dari 2 kali tetapi mendoakannya apa yang sesuai iaitu mendoakan kesembuhan baginya)


Ini kerana riwayat muslim dan Tarmizi dan lafaz dari atTarmizi daripada Salmah bin alAkwa’ RA berkata: Nabi mendoakan kebaikan kepada seorang lelaki yang bersin 2 kali dengan bersabda (yarhamukaAllah) dan pada kali ke-3 nabi bersabda (lelaki ini terkena selsema), hadis riwayat muslim dan Tarmizi, dan lafaz dari Tarmizi.


Allah SWT maha mengetahui.


Wednesday, June 2, 2010

doa kalian

Assalamualaikum wrt.

Segala pujian bagi Allah,tuhan pencipta alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia utusan Allah.

Saya teringat kata2 senior yang menyatakan bahawa tahun akhir merupakan tahun yang paling malas. saya pada mulanya terasa ragu2 namun bila berada di tahun akhir ini barulah ternyata kebenaran kata2 ini.

Sungguh malas untuk ke kuliah,malas untuk study sehinggakan masuk fatrah imtihan ini pun saya masih malas membaca. mungkin fikiran melayang ke semenanjung..

Namun dikesempatan ini, saya memohon doa kalian..doakan kejayaan cemerlang untuk kami student al-Azhar ini. sedikit picture memberi sedikit ketenangan di musim exam ini.


masjid saidina Husein


masjid azhar

masjid arRahman ArRahim (berhampiran arma)