Wednesday, July 7, 2010

Bersin

Akhirnya tamat sudah imtihan,imtihan di bawah garaj dan di bawah panas terik matahari dunia. moga2 ujian fizikal dan mental ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. selamat berimtihan juga kepada pelajar master azhar yang dlm fatrah imtihan sekarang ini termasuk jiran senior sy,abd halim dumyati,bittaufiq wannajah.

Bersin,isu yang agak remeh dan agak kecik untuk kita persoalkan namun adakah kita tahu di sana adanya hadis berkait dgn bersin,bgaimana kita nak membezakan bersin dan selsema, bagaimana kita nk mentasymit (mendoakan kebaikan kpd si bersin) kepada org yg bersin,dan bagaimana sekiranya org tersebut bersin lebih dari 2 kali sehinggakan 6,7,8 kali.

Saya terbaca dalam ruangan baina Qurraa wa al-ulama dalam surat khabar sautul azhar iaitu soalan pembaca yang dijawab oleh syeikh Ali Jumuah,mufti addiyar almisriah. Di sini saya sertakan keratan akhbar dan terjemahan.

تشميت العاطس

إذا عطس العاطس وجرى تشميته ثم عطس مرات بعد التشميت فهل يظل تشميته مرة واحدة أم بعد كل عطسة ؟

التشميت فى اللغة : هو الدعاء بالخير والبركة ، وفى الشرع : هو الدعاء بالرحمة للعاطس، فإذا عطس المسلم فمن السنة أن يحمد الله تعالى، فيشمته أخوه المسلم بقوله : يرحمك الله، فيرد عليه العاطس بقوله :( يهديكم الله ويصلح بالكم) لما رواه البخارى فى صحيحه من حديث أبي هريرة رضى الله عنه عن النبى صلى الله عليه وآله وسلم قال : ( إذا عطس أحدكم فليقل : الحمد لله، وليقل له أخوه وصاحبه : يرحمك الله، فإذا قال له : يرحمك الله فليقل: يهديكم الله ويصلح بالكم)

ومن تكرر عطاسه فزاد على اثنين أو ثلاث فذلك قرينة على أن به زكاما، والهدى النبوى أن يدعى له حينئذ بما يناسبه وهو طلب الشفاء له، فيكف الإنسان عن تشميت العاطس فيما زاد عن الاثنتين أو الثلاث، لما روى مسلم والترمذى واللفظ له عن سلمة بن الأكوع رضى الله عنه قال: شمت رسول صلى الله عليه وآله وسلم رجلا عطس مرتين بقوله:( يرحمك الله) ثم قال عنه فى الثلاثة: ( هذا رجل مزكوم ) رواه مسلم والترمذى واللفظ له.

والله سبحانه وتعالى أعلم


Mendoakan kebaikan kepada orang yang bersin

Apabila seseorang bersin lalu kita mendoakannya,kemudian orang tersebut bersin lagi untuk beberapa kali selepas itu, adakah memadai untuk kita mendoakannya sekali sahaja atau untuk setiap kali orang tersebut bersin?


Tasymiat dari segi bahasa ialah mendoakan kebaikan dan barakah, adapun dari segi syara’ ialah mendoakan kerahmatan kepada orang yang bersin, maka apabila seorang muslim bersin adalah daripada sunnah baginya mengucap Alhamdulillah(segala puji bagi Allah) dan bagi sahabatnya mendoakannya dengan berkata yarhamuka Allah (moga Allah memberi rahmat kepadamu) dan orang yang bersin itu membalasnya dengan berkata yahdiikumuAllahu wa yushlihu baalakum (moga Allah memberi hidayat kepadamu dan memperelokkan hal keadaanmu)


Sebagaimana hadis riwayat bukhori dalam sahih beliau daripada saidina Abi Hurairah RA, daripada nabi SAW bersabda ( jika salah seorang dari kamu bersin maka katalah ‘alhamdulillah’ dan hendaklah saudara atau sahabatnya berkata ‘yarhamukaAllah’ dan sekiranya dikata kepadanya ‘yarhamukaAllah’ maka hendaklah dia berkata ‘yahdiikumuAllahu wa yashlihu baalakum’


Dan sesiapa yangberulang bersinnya sehingga lebih dari 3 atau 4 kali, itu menunjukkan dia telah terkena penyakit selsema dan nabi swt memberi saranan supaya kita mendoakan kepadanya apa yang sesuai dengan keadaanya iaitu memohon kesembuhan baginya, maka seseorang itu tidak lagi mentasymit kepada orang yang bersin lebih dari 3 atau 4 kali.(maka tidak menjadi sunat mentasymit ketika bersin yang lebih dari 2 kali tetapi mendoakannya apa yang sesuai iaitu mendoakan kesembuhan baginya)


Ini kerana riwayat muslim dan Tarmizi dan lafaz dari atTarmizi daripada Salmah bin alAkwa’ RA berkata: Nabi mendoakan kebaikan kepada seorang lelaki yang bersin 2 kali dengan bersabda (yarhamukaAllah) dan pada kali ke-3 nabi bersabda (lelaki ini terkena selsema), hadis riwayat muslim dan Tarmizi, dan lafaz dari Tarmizi.


Allah SWT maha mengetahui.


Wednesday, June 2, 2010

doa kalian

Assalamualaikum wrt.

Segala pujian bagi Allah,tuhan pencipta alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia utusan Allah.

Saya teringat kata2 senior yang menyatakan bahawa tahun akhir merupakan tahun yang paling malas. saya pada mulanya terasa ragu2 namun bila berada di tahun akhir ini barulah ternyata kebenaran kata2 ini.

Sungguh malas untuk ke kuliah,malas untuk study sehinggakan masuk fatrah imtihan ini pun saya masih malas membaca. mungkin fikiran melayang ke semenanjung..

Namun dikesempatan ini, saya memohon doa kalian..doakan kejayaan cemerlang untuk kami student al-Azhar ini. sedikit picture memberi sedikit ketenangan di musim exam ini.


masjid saidina Husein


masjid azhar

masjid arRahman ArRahim (berhampiran arma)

Thursday, May 6, 2010

al-Ijhadh

Bismilahirrahmanirrahim..assalamualaikum wrt

syukran lillah atas segala nikmat dan hidayahNya, selawat dan salam atas junjungan baginda masih lagi diberi peluang utk sama-sama berkongsi maklumat.

Kesempatan kali ini ingin saya mengambil keratan ikhbar dari Liwaa Islami tentang al-ijhadh(pengguguran). Tajuk ini telah beberapa kali diulang di akhbar lain cth sautul azhar,dan menjadi muqorar madah qodoya kami pada tahun lepas. Setahu saya,sahabat perjuangan di malaysia juga mempelajari tajuk ini.(azhan-UDM)

Disini sy sertakan keratan akhbar dan terjemah secara kasar. Moga memberi sedikit manfaat kepada kita semua.

دار الإفتاء لنقيب الأطباء : الإجهاض حرام...حرام...حرام

كتب – عبد العزيز عبد الحميم

أكدت دار الإفتاء حرمة الإجهاض مطلقا للجنين سواء قبل نفخ الروح فيه أم بعد ذلك إلا لضرورة طبية، بأن يقرر الطبيب أن بقاء الجنين خطر على حياة الأم، فحياتها مقدمة على حياة الجنين لأنها مؤكدة، أما الجنين فحياته واستمراره محتمل فقد يموت بعد ولادته أو فى بطن أمه.

جاء ذلك ردا على طلب د. حمدى السيد رئيس لجنة الصحة بمجلس الشعب ونقيب الأطباء لبيان الرأى الشرعى فى بعض الفقراء الخاصة بالإجهاض فى مشروع قانون المسئولية الطبية.

وأكدت دار الإفتاء فى ردها على نقيب الأطباء أنه يستوى فى الحرمة الشرعية للإجهاض ما إذا كان الحمل مشوها من عدمه، وأن تشوه الجنين لا يعطى الحق فى الاعتداء على النفس الانسانية إلا إذا رأت لجنة من الأطباء المتخصصين أن بقاء الحمل فيه خطر مؤكد على حياة الأم، فأنه يجوز الإجهاض سواء كان مشوها أم لا.

وأوضحت دار الإفتاء أنه بعد مراجعة الأراء المختلفة لعلماء المذاهب الفقهية الشرعية فإنه الرأى الراجح المختار للفتوى فى ذلك، أنه يحرم الإجهاض مطلقا سواء قبل نفخ الروح أو بعد ذلك، إلا لضرورة شرعية.. كما ذهب إلى هذا الرأى مجمع الاسلامى لرابطة العالم الاسلامى بمكة مكرمة، بقوله أنه عند بلوغ الحمل مائة وعشرين يوما لا يجوز إجهاضه ولو كان التشخيص الطبي يفيد بإنه مشوه.

Darul iftaa kepada ketua doktor : menggugurkan kandungan adalah haram..haram..haram

Ditulis oleh : Abdul Aziz Abd Hamim

Darul iftaa(majlis fatwa mesir) menguatkan pengharaman menggugurkan kandungan secara mutlak utk janin samada sebelum ditiup roh ataupun selepas kecuali ketika darurat dgn kiranya doktor mengatakan kekalnya janin akan membahayakan nyawa ibu. Maka nyawa ibu lebih utama daripada nyawa janin kerana ibu secara jelas hidup namun nyawa janin dan berterusan nyawanya adalah ihtimal,kemungkinan janin meninggal selepas lahir atau di dalam perut lagi.

Fatwa ini dikeluarkan selepas permintaan daripada dr.Hamdi assyed, ketua lajnah kesihatan dewan pemuda dan ketua doctor-doktor, untuk menjelaskan pendapat disisi syara’ dlm beberapa masalah terutama dlm pengguguran kandungan dlm mensyariatkan di dlm undang2 masalah perubatan.

Darul iftaa juga menguatkan lagi kepada ketua doctor-doktor tersebut dengan menjelaskan bahawa pengharam menggugurkan kandungan termasuklah sekiranya janin tersebut cacat. Kecacatan janin tidak bermakna memberi kebenaran untuk menentang keatas nyawa kemanusian(pengguguran) melainkan sekiranya doktor melihat kekalnya janin pada ibu membawa bahaya secara jelas kepada nyawa ibu, maka dalam keadaan ini harus menggugurkan kandungan samada cacat atau tidak.

Selepas mengkaji pendapat-pendapat ulama mazhab fiqh darul iftaa menjelaskan bahawa pendapat yang kuat dan dipilih dalam memfatwa perkara ini adalah haram secara mutlak samada sebelum ditiup roh ataupun selepas kecuali ketika mudarat syar’i. mujamma’ islami lirabitah ‘alam islami(islamic academy ) di mekah mukarramah juga berpendapat demikian dengan mengatakan ketika sampainya kandungan 120hari haram menggugurkannya walaupun ternyata cacat selepas diognasis.


sumber : Liwaa Islami 15 April 2010

Friday, April 16, 2010

Muqoddimah Bustanul ‘Arifin




عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ ورَسُوْلِهِ. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى ما هَاجَرَ إِلَيْهِ .

(متفق عليه)

رواه البخارى فى أول صحيحه فى كتاب بدء الوحي

رواه مسلم فى كتاب الإمارة



maksudnya :
"Dari Amir al-Mukminin Abi Hafs Umar Ibn Khattab 'anhu berkata : Aku mendengar Rasulullah swt bersabda : Hanyasanya segala amalan itu dengan niat dan hanyasanya bagi setiap org itu apa yg diniatkannya. maka barangsiapa yg hijrahnya kpd Allah dan rasulNya,maka hijrahnya itu kpd Allah dan RasulNya. dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yg akan diperolehinya atau perempuan yg ingin dikahwininya,maka hijrahnya kpd apa yg ia berhijrah kpdnya itu"

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi,tuhan seluruh alam. selawat dan salam ke atas junjungan nabi,utusan mulia.

sy mulakan arena blog ini dgn memaparkan hadis di atas bukan bertujuan utk menghuraikan maksud dalam hadis(perbincgn makna sbnr hadis) ttpi ingin sy huraikan dari segi luaran hadis ini. sy tertarik utk menyatakn hadis ini pada permulaan penulisan blog ini kerana tertarik dgn ungkapan Imam an-Nawawi(631h-676h) dlm kitab beliau Bustanul 'Ariffin, katanya :
- Para ulama radhiyallahu 'anhu beranggapan bahawa sebaiknya segala kitab yg dikarang hendaklah didahului dgn hadis ini. diantara mereka yg telah berbuat demikian ialah Imam Bukhori r.a dgn memulakan ktab hadis beliau dgn hadis ini.

- Dan kami telah meriwayatkan dprd Imam al-Khattabi r.a,di dlm kitab beliau yg bernama al-'Ilam yg merupakan syrah sohih Bukhori,beliau berkata "adalah para ulama terdahulu mengganggap sgt baik mendahulukan hadis ini sebelum membuat sesuatu perbuatan kerana bersangatan hajat kpdnya dlm segala urusan. Dan telah sampai kpd kami drpd perkataan ulama salaf r.a perkara yg byk sekali yg keseluruhannya menambah penting dan perlunya hadis ini didahulukan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan" (cth dlm bahas@asgtmen)

Melihat dari sinilah sy beranggapan bhw baik sekiranya memulakan sesuatu pekerjaan itu dgn hadis ini. Tidak layak,tidak setanding, tidak adil kirenya nk dibandingkan diri sy dgn para ulama,para fuqaha akn ttpi amalan yg mulia lg mudah ini patut dijadikan amalan. Imam Nawawi sendiri memulakan bab kedua(hadis2 pilihan yg merupakan asas2 Islm) dlm kitab Bustanul 'Arifin dgn hadis ini. begitu juga dlm kitab al-'Arb'in an-Nawawi (hadis 40)

akhirnya moga amalan ini diterima Allah.


rujukan :
1. Bustanul 'Arifiin,krgn Imam Nawawi,ta'liq syeikh Muhammad Najjar,darul Basyair,beirut.(baru beli)
2. terjemahan Bustanul 'Arifiin oleh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)-pinjam jide