Friday, April 16, 2010

Muqoddimah Bustanul ‘Arifin




عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ ورَسُوْلِهِ. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى ما هَاجَرَ إِلَيْهِ .

(متفق عليه)

رواه البخارى فى أول صحيحه فى كتاب بدء الوحي

رواه مسلم فى كتاب الإمارة



maksudnya :
"Dari Amir al-Mukminin Abi Hafs Umar Ibn Khattab 'anhu berkata : Aku mendengar Rasulullah swt bersabda : Hanyasanya segala amalan itu dengan niat dan hanyasanya bagi setiap org itu apa yg diniatkannya. maka barangsiapa yg hijrahnya kpd Allah dan rasulNya,maka hijrahnya itu kpd Allah dan RasulNya. dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yg akan diperolehinya atau perempuan yg ingin dikahwininya,maka hijrahnya kpd apa yg ia berhijrah kpdnya itu"

Alhamdulillah syukur tidak terhingga kehadrat Ilahi,tuhan seluruh alam. selawat dan salam ke atas junjungan nabi,utusan mulia.

sy mulakan arena blog ini dgn memaparkan hadis di atas bukan bertujuan utk menghuraikan maksud dalam hadis(perbincgn makna sbnr hadis) ttpi ingin sy huraikan dari segi luaran hadis ini. sy tertarik utk menyatakn hadis ini pada permulaan penulisan blog ini kerana tertarik dgn ungkapan Imam an-Nawawi(631h-676h) dlm kitab beliau Bustanul 'Ariffin, katanya :
- Para ulama radhiyallahu 'anhu beranggapan bahawa sebaiknya segala kitab yg dikarang hendaklah didahului dgn hadis ini. diantara mereka yg telah berbuat demikian ialah Imam Bukhori r.a dgn memulakan ktab hadis beliau dgn hadis ini.

- Dan kami telah meriwayatkan dprd Imam al-Khattabi r.a,di dlm kitab beliau yg bernama al-'Ilam yg merupakan syrah sohih Bukhori,beliau berkata "adalah para ulama terdahulu mengganggap sgt baik mendahulukan hadis ini sebelum membuat sesuatu perbuatan kerana bersangatan hajat kpdnya dlm segala urusan. Dan telah sampai kpd kami drpd perkataan ulama salaf r.a perkara yg byk sekali yg keseluruhannya menambah penting dan perlunya hadis ini didahulukan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan" (cth dlm bahas@asgtmen)

Melihat dari sinilah sy beranggapan bhw baik sekiranya memulakan sesuatu pekerjaan itu dgn hadis ini. Tidak layak,tidak setanding, tidak adil kirenya nk dibandingkan diri sy dgn para ulama,para fuqaha akn ttpi amalan yg mulia lg mudah ini patut dijadikan amalan. Imam Nawawi sendiri memulakan bab kedua(hadis2 pilihan yg merupakan asas2 Islm) dlm kitab Bustanul 'Arifin dgn hadis ini. begitu juga dlm kitab al-'Arb'in an-Nawawi (hadis 40)

akhirnya moga amalan ini diterima Allah.


rujukan :
1. Bustanul 'Arifiin,krgn Imam Nawawi,ta'liq syeikh Muhammad Najjar,darul Basyair,beirut.(baru beli)
2. terjemahan Bustanul 'Arifiin oleh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki)-pinjam jide

No comments:

Post a Comment